mutakhir

Menang anugerah PKNS

Shah Alam: Wartawan dan jurufoto Harian Metro mengungguli dua anugerah utama pada Malam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama media,
di sini, malam tadi.

Wartawan online, Mazizul Dani memenangi tempat pertama Anugerah Laporan Sukan Terbaik dengan tajuk berita ‘Layan pemain macam famili.’

Tempat kedua dimenangi Ajitpal Singh dari New Straits Times dengan laporan ‘PKNS cool despite tough odds.’

Sementara itu dua jurufoto Harian Metro mengungguli Anugerah Gambar Terbaik. Tempat pertama dimenangi jurufoto sambilan Selangor Muhammad Sulaiman dalam ‘myMetro: Inisiatif Alat Sokongan’ manakala Abdullah Mohd Yusof pula mendapat tempat ketiga menerusi laporan berita ‘Bantu rawat pesakit jantung.’

Disiarkan pada: January 21, 2017 @ 6:18am
d