mutakhir

Penunggang dilenyek treler

Bagan Serai: Seorang penunggang motosikal maut akibat digilis treler ketika cuba menyeberangi jalan di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 109.7 Jalan Ipoh - Butterworth, di sini tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari, mangsa Ibrahim Abd Kadir, 58, parah selepas digilis serta diseret kenderaan berat berkenaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Bagan Serai namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa yang menunggang SYM Sport Bonus SR, dipercayai cuba menyeberangi jalan menghala Kuala Kurau, dekat sini sebelum digilis treler berkenaan.

“Treler dipandu lelaki berusia 63 tahun dari Butterworth menghala Ipoh itu berhenti di simpang lampu isyarat. Apabila pemandu lori mula bergerak, dia tiba-tiba berhenti apabila menyedari melanggar dan menyeret sesuatu,” katanya.

Disiarkan pada: January 21, 2017 @ 6:26am
d