mutakhir

Ajal pulang dari kenduri

Kuala Lipis: Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang bersama suaminya selepas menghadiri jemputan kenduri terbunuh apabila kereta Toyota Corolla dinaiki hilang kawalan dan melanggar tunggul kayu di tepi jalan di Kilometer 18, Jalan Benta-Jerantut, dekat Kampung Jerangsang, sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Hayati Alias, 63, dari Kampung Peruang, Benta, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, suami mangsa iaitu pemandu, Bahari Awang, 62, bersama dua anak saudaranya, Norisnani Taharudin, 16, dan Nor Ikmal Taharudin, 17, masing-masing mengalami kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila Bahari dipercayai kenderaan dinaiki hilang kawalan dan melanggar tunggul kayu di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Benta selepas menghadiri jemputan kenduri di Temerloh.

Disiarkan pada: January 23, 2017 @ 5:05am
d