mutakhir

Tiada kes pecah rumah sepanjang dua tahun

Kajang: Keselamatan kediaman individu di daerah ini lebih terjamin jika mereka melaporkan kepada pihak polis sebelum meninggalkan kediaman sepanjang Tahun Baru Cina.

Ini berikutan tiada kes pecah rumah direkodkan bagi tempoh dua tahun sejak 2015 membabitkan kediaman penghuni yang memaklumkan kepada pihak polis sebelum pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, sebanyak 1,325 laporan balik kampung dipanjangkan kepada polis pada Op Selamat 6 tahun 2015.

“Bagi Op Selamat 8 pada tahun lalu pula sebanyak 3,992 laporan sama diterima.

“Bagaimanapun, tiada kejadian pecah rumah direkodkan sepanjang Op Selamat 6 dan Op Selamat 8 yang dilaksanakan sempena sambutan Tahun Baru Cina,” katanya pada Pelancaran Op Selamat 10 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Plaza Tol Batu 9, Cheras, di sini, semalam.

Disiarkan pada: January 24, 2017 @ 5:46am
d