mutakhir

Amal Rukun Negara dalam kehidupan harian

Kuala Lumpur: Rukun Negara tidak seharusnya sekadar menjadi perhiasan di bibir atau dihafal untuk ikrar saja tanpa memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian

Sebaliknya, ia perlu dijadikan pegangan hidup bukan sahaja untuk mencapai perpaduan, malah meningkatkan jati diri masyarakat majmuk di negara ini.

Untuk itu, sekumpulan pemimpin tempatan dan aktivis masyarakat melancarkan Rukun Mukadimah Perlembagaan (RMP), inisiatif untuk menjadikan Rukun Negara sebagai kenyataan pembukaan (mukadimah) kepada Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia merangkap Pengerusi Kumpulan RMP, Dr Chandra Muzzafar, mukadimah lazimnya menekankan nilai-nilai sejagat serta unsur setempat yang mempunyai hubung kait dengan perlembagaan dan Rukun Negara yang memiliki semua ciri berkenaan.

“Rukun Negara perlu dijadikan garis panduan dalam penggubalan dasar selain harus dianggap sebagai salah satu sumber rujukan untuk pembentukan undang-undang,” katanya.

Disiarkan pada: January 24, 2017 @ 6:00am
d