mutakhir

Tren pantai timur tergendala lagi

Kota Bharu: Perkhidmatan tren antara bandar di pantai timur ditangguhkan kali kedua bulan ini berikutan tanah runtuh yang menjejaskan struktur landasan, malam Sabtu lalu.

Lokasi runtuhan di Kilometer 392.5 antara Bukit Abu-Dabong, Kuala Krai itu adalah lokasi hampir sama ketika kejadian pertama, 31 Disember 2016.

Susulan itu, Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Timur, Zaid Ibrahim berkata, pihaknya menangguhkan sementara perkhidmatan tren terbabit bermula kelmarin sehingga Jumaat ini.

“Runtuhan berlaku lagi apabila hujan lebat berterusan sejak Khamis memaksa kami menangguhkan perkhidmatan ke pantai timur.

“Semua perkhidmatan tren shuttle hanya akan beroperasi antara Kuala Lipis - Dabong dan Kuala Krai - Tumpat sahaja, manakala perkhidmatan Ekspres Timuran Johor Bahru - Tumpat disediakan sehingga stesen Gua Musang sahaja.

“Penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan itu dibawa menaiki bas di perantara stesen terjejas untuk meneruskan perjalanan,” katanya, di sini, semalam.

Tren dijangka beroperasi seperti sedia kala pada Jumaat (27 Januari). Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-22671200 atau layari laman web KTMB.

Disiarkan pada: January 24, 2017 @ 6:30am
d