mutakhir

Harga jualan belakang cerita [METROTV]

Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

Pasir Mas: Ketika berusia enam tahun, dia dan rakan sering berkubang di tepi sawah untuk menangkap ikan laga, malah minatnya terbawa-bawa sehingga dewasa.

Kini pada usia 31 tahun, Mohamad Ashraf Che Hussin menjadikan hobi menangkap ikan itu sebagai sumber rezeki.

Dia mempunyai koleksi 600 ikan laga pelbagai spesies seperti, Halfmoon Plakat, Fancy, Hellboy dan Koi.

“Saya masih ingat ikan pertama yang saya tangkap itu berwarna-warni. Saya memang tidak tahu namanya ketika itu, tetapi saya bawa balik dan pelihara.

“Selepas itu barulah saya tahu rupa-rupanya ia ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens dan saya mula mengumpul lebih banyak koleksi ikan ini daripada pelbagai spesies.

“Ia dilakukan kerana saya terpesona dengan kecantikan dan gelagat ikan itu yang suka menunjuk-nunjuk apabila mengembangkan ekornya yang berwarna-warni.

“Minat mendorong saya mempelajari mengenainya dan di bangku sekolah sudah mula memikirkan kaedah untuk membiakkan ikan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di bandar ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 1, 2017 @ 10:21am
d