mutakhir

Rumah sewa ditinggalkan berulat

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban:Seremban: Sudahlah gagal melunaskan bil elektrik dan air tertunggak sehingga RM500, seorang penyewa sanggup meninggalkan rumah disewanya dalam keadaan rosak teruk di Taman Mantau Indah, di sini.

Lebih menjijikkan, rumah berkenaan dipenuhi ulat sampah manakala air bertakung atas lantai menyebabkan pemiliknya berusia 29 tahun menanggung kerugian lebih RM1,000 akibat perbuatan bekas penyewanya itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia berkata, dia menyewakan rumah berkenaan kepada seorang wanita bersama anak lelaki berusia lima tahun dengan kadar RM400 sebulan sejak Ogos lalu.

Nadia yang bekerja
di sebuah syarikat swasta
di Dengkil, Selangor berkata, dia cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada penyewanya itu tetapi tidak dijawab menyebabkan dia mengajak suaminya
ke rumah berkenaan,
Sabtu lalu.

Malangnya, Nadia terkejut apabila mendapati penyewanya melarikan diri dan meninggalkan rumah dalam keadaan rosak teruk serta berbau busuk.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan wanita itu dan meminta orang lain berwaspada agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

Disiarkan pada: February 2, 2017 @ 10:15am
d