mutakhir

Dua ditahan cuba curi kabel

Oleh Yahya Awang

Taiping : Taiping: Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Kampung Paya, Jalan Changkat Jering- Kuala Kangsar, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, suspek berusia 47 dan 24 tahun cuba mencuri kabel itu di kampung itu oleh penduduk yang segera melaporkan perkara itu kepada pihak Polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Polis Ismail Che Isa berkata, kedua-dua suspek ditangkap anggota polis bertugas sejurus menerima maklumat awam.

Katanya, siasatan mendapati suspek berasal dari Air Tawar, Sitiawan dan tiada pekerjaan tetap.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, curi dan memiliki barang curi,” katanya.

“Suspek direman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjumpai kabel dicuri dan merampas beberapa peralatan mencuri kabel.

Disiarkan pada: February 2, 2017 @ 10:28am
d