mutakhir

Maut hidu gas beracun

Miri: “Saya dengar bunyi dengusan nafas yang kuat berulang kali. Apabila memasuki ke ‘perut’ tongkang, rakan saya itu sudah tidak sedarkan diri,” kata Njok Lenggang, 39.

Dalam kejadian jam 2 petang, mangsa, Kevin Japar, 28, meninggal dunia dipercayai terhidu gas beracun di sebuah tongkang yang berlabuh di Sungai Baram dekat Long Temala, Marudi, kelmarin.

Njok berkata, ketika kejadian, mangsa masuk ke dalam perut tongkang pengangkut balak sedalam tiga meter itu untuk mengepam air dalam tongkang terbabit.

Menurutnya, di atas dek tongkang, dia terdengar hembusan nafas berulang kali sebelum bergegas membantu mangsa.

Disiarkan pada: February 5, 2017 @ 5:20am
d