mutakhir

Lima lagi tapak berbahaya dikesan

Kuantan: Sekurang-kurangnya lima bekas lombong bauksit dikenal pasti berada terlalu dekat dengan kawasan perumahan penduduk di Beserah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu berkata, dua lombong di Sungai Karang, Kampung Jeram (dua) dan satu bekas lombong di Kampung Alor Batu, Jabor.

Beliau tidak menolak kemungkinan masih banyak lagi tapak lombong jika siasatan terperinci dilakukan.

“Ini baru sekitar Beserah, tidak termasuk lagi kawasan di Bukit Goh dan sekitarnya.

“Jika dibuat siasatan lanjut, pasti lebih banyak kawasan bekas lombong dapat dikenal pasti,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan berhubung tragedi tiga kanak-kanak lemas di Taman Sungai Karang Jaya di Balai Polis Beserah, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang Sabtu lalu, mangsa termasuk dua beradik iaitu Sasabella Zuhairi, 12, dan adiknya, Mahathir Mohamad, 7, serta Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, meninggal dunia akibat lemas di kolam bauksit di taman perumahan berkenaan.

Andansura meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti pihak terbabit sehingga menyebabkan kehilangan tiga nyawa kanak-kanak berkenaan.

Disiarkan pada: February 7, 2017 @ 6:50am
d