mutakhir

Logo halal tamat tempoh

Klang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mempergiatkan operasi bagi mengenal pasti kod berus cat yang disyaki menggunakan bulu babi.

Sepanjang dua pemeriksaan dijalankan, lebih 200 berus dirampas di Selangor kerana didapati meragukan terutama bahagian hujung peralatan berkenaan yang kelihatan bercabang dan kasar.

Dalam serbuan terbaru bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), beberapa kedai perkakasan binaan di sekitar daerah itu diperiksa semalam membawa rampasan lebih 100 berus itu.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub berkata, semua berus berkenaan dipercayai mengunakan logo halal tamat tempoh oleh JAIS.

“Difahamkan, logo itu tamat tempoh sejak 2014 dan masih tidak diperbaharui.

“Oleh itu, kami merampasnya untuk dibawa ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti kandungan yang digunakan pada berus berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, perkara itu amat mengelirukan pengguna beragama Islam kerana tanda logo halal tidak diiktiraf.

Disiarkan pada: February 8, 2017 @ 6:19am
d