mutakhir

Spanar dan bedak [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

Seremban: Malam baiki kapal terbang, siang jadi jurusolek. Kedengarannya janggal namun itulah yang dilakukan juruteknik kapal terbang di syarikat penerbangan, Mohamad Syamil Tiyat, 28, demi minat.

Lebih menarik, tidak seperti kebiasaan, dia bukan ‘lelaki lembut’ tetapi lelaki biasa.

Menurut anak sulung daripada dua beradik yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan ini, dia meminati bidang solekan sejak di bangku sekolah lagi.

“Ketika di sekolah rendah, saya pernah lihat ibu menyolek seseorang membuatkan saya kagum. Tambahan pula saya memang minat melukis potret.

“Teknik lukisan yang ada saya gunakan dalam seni solekan seperti ‘contouring’ (teknik solekan) yang perlu menggunakan teknik warna,” katanya.

Menurut Syamil, dia mula serius mempelajari teknik solekan sebaik pulang dari menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di United Kingdom.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 8, 2017 @ 12:37pm
d