mutakhir

2,000 hadir meriah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MPB [METROTV]

Kuala Lumpur: Lebih 2,000 tetamu terdiri daripada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta wakil media hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Media Prima Berhad (MPB) di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, petang semalam.

Majlis dihadiri Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri FD Iskandar, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Seri Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid.

Hadir sama Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB Datuk Manja Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio MPB Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB Seelan Paul dan Ahli Lembaga Pengarah MPB Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu, ahli perniagaan komestik terkenal Datuk Seri Vida turut hadir beramah mesra dengan tetamu.

Hadirin turut dihiburkan dengan nyanyian, persembahan tarian singa sebelum diakhiri dengan acara menggaul yee sang.

Disiarkan pada: February 9, 2017 @ 8:41am
d