mutakhir

66 PATI tumpang bot tukar barang ditahan

Oleh Nur Izzati Izzah Nadzi

Pelabuhan Klang: Cubaan 66 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tekong dan dua awak-awak menggunakan laluan tikus untuk keluar dari perairan negara ini dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), jam 1.40 pagi kelmarin.

Warga asing berusia 21 tahun hingga 52 tahun itu dalam perjalanan dari perairan Sungai Langat menuju ke Tanjung Balai, Indonesia dengan menaiki bot tukar barang.

Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, pihaknya menahan bot itu yang dilihat membawa ramai penumpang, kira-kira 8.6 batu nautika daripada perairan berkenaan.

“Pemeriksaan menemui 63 penumpang termasuk 12 wanita warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri diri.

“Semua yang ditahan dibawa ke jeti Daerah Maritim 4 untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Disiarkan pada: February 20, 2017 @ 8:14am
d