mutakhir

'Masih rasa janggal'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: “Kami sudah saling bermaafan dan tak salah untuk kami bersahabat,” kata pelakon Sherry Ibrahim mengenai tindakannya bergambar dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon Ashraf Muslim pada Malam Gala Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, di sini, malam kelmarin.

Sherry berkata, sebelum ini mereka pernah beberapa kali terserempak di beberapa acara, tetapi sekadar bertegur sapa dan bertanya khabar.

“Rasa janggal itu memang ada apabila terserempak dengannya. Kali terakhir kami bergambar bersama adalah lapan tahun lalu,”katanya.

Ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan sekiranya ditawarkan untuk berlakon bersama bekas kekasihnya itu, Sherry sentiasa terbuka.

“Saya dan Ashraf bekerja secara profesional. Kalau ada tawaran untuk kami bergandingan, tak menjadi masalah kerana saya akan jalankan tugas saya sebagai pelakon,” katanya.

Menurutnya, dia perlu meneliti skrip yang diterima sama ada sesuai dengan diri dan penampilannya kini.

“Skrip pun perlulah sesuai dengan penampilan saya dan dia yang kini adalah suami orang,” katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2017 @ 9:33am
d