mutakhir

Remaja maut motosikal ditunggang sepupu berlanggar

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Nur syazwana Mansor

Sik: “Kelmarin (Khamis) lagi cucu habaq (beritahu) nak makan nasi goreng. Tok (nenek) tak sampai hati, dia asyik tanya.

Malam tadi (kelmarin) Tok tanya berapa ringgit, dia kata RM3, tapi Tok bagi RM4.”

Begitu luahan hati Yah Awang, 69, mengenai cucunya, Muhammad Shahmie Suhaili, 14, yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Masjid, Jeneri, kira-kira jam 9 malam.

Dalam kejadian itu, mangsa membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang sepupunya, Muhammad Haikal Yahya, 14, berlanggar dengan Perodua
Myvi dipandu seorang lelaki berketurunan Siam.

Muhammad Haikal parah dan dirawat di Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, sementara, pemandu kereta, Cham Nun Cham Nan, 33, tidak cedera.

Yah berkata, kedua-dua cucunya itu keluar rumah jam 8.30 malam dan tidak menyangka mereka membeli nasi goreng di luar kampung itu yang turut mempunyai gerai makan.

Disiarkan pada: March 5, 2017 @ 5:08am
d