mutakhir

Gadis OKU diculik lelaki gila seks

Oleh myMetro

Subang Jaya: Sekumpulan penduduk pangsapuri di Bandar Sunway, di sini, memecah pintu sebuah rumah dalam usaha menyelamatkan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) yang diculik lelaki gila seks.

Dalam kejadian jam 11.45 malam kelmarin, mangsa yang berusia 14 tahun itu ditemui di dalam rumah milik seorang lelaki berusia 30 tahun.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua adiknya mahu pulang ke rumah dengan menaiki lif selepas menolong ibu mereka menjual kuih di tingkat bawah pangsapuri.

“Difahamkan mangsa menaiki lif untuk pulang ke rumah terletak di tingkat 18 pangsapuri itu.

“Bagaimanapun setibanya di tingkat 16, suspek yang turut berada di dalam lif memaksa dua adik mangsa pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian mengheret mangsa ke rumahnya di tingkat 16 pangsapuri sama.

Sumber berkata, suspek memaksa mangsa melakukan kelucahan melampau selain mengugut untuk mencederakan mangsa.

“Adik mangsa yang pulang ke rumah kemudian memberitahu jiran berhubung kejadian yang menimpa kakak mereka.

“Sekumpulan penduduk kemudian pergi ke rumah suspek dan memecah pintu kediaman sebelum berjaya menyelamatkan mangsa,” katanya.

Disiarkan pada: March 10, 2017 @ 9:30am
d