mutakhir

RM14,000 dalam kereta lesap

Miri: Seorang pengusaha restoran berputih mata apabila wang perniagaan RM14,000 yang diletakkan di dalam kenderaan dilarikan penjenayah.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, kereta milik mangsa berusia 30-an dipecah masuk ketika diletakkan di hadapan sebuah restoran di Desa Senadin, di sini.

Difahamkan, mangsa singgah di restorannya itu sebelum mahu memasukkan wang berkenaan ke bank
di kawasan berhampiran.

Sumber berkata, mangsa yang menaiki kereta Proton Saga meletakkan wang berkenaan dalam papan pemuka kereta.

“Mangsa terkejut apabila mendapati keretanya hilang dilarikan penjenayah.

“Bagaimanapun, kereta itu ditemui semula di sekitar kawasan perumahan di Desa Senadin jam 1.30 tengah hari,” katanya.

Disiarkan pada: March 11, 2017 @ 7:54am
d