mutakhir

Dua rumah, kereta terbakar

Tumpat: Tidur penghuni rumah teres di Taman Kasturi, Belukar di sini, terganggu awal pagi semalam apabila dua rumah dan sebuah kereta Mercedes Benz terbakar.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan.

Saksi kejadian, Mohd Azman Yusof, 47, berkata, dia menyedari rumah dan kereta milik jirannya terbakar apabila terjaga daripada tidur sejurus terhidu bau asap yang kuat.

“Saya sedar antara jam 3.30 pagi hingga 3.45 pagi kerana bau asap yang kuat dan keluar rumah untuk meninjau keadaan,” katanya.

Disiarkan pada: March 11, 2017 @ 8:28am
d