mutakhir

Wanita maut kereta dirempuh

Ipoh: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sultan Iskandar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 2.10 pagi, Khor Chow Yeen, 49, yang memandu kereta Nissan Sunny maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sementara itu, lelaki berusia 26 tahun yang memandu kereta Honda Civic tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan mendapati kereta Honda Civic dipandu lelaki dari Jalan Sultan Iskandar Shah menghala Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu lelaki itu gagal dikawal dan merempuh kereta dipandu wanita berkenaan yang keluar dari simpang kanan dari arah Jalan Bijih Timah.

Disiarkan pada: March 12, 2017 @ 7:19am
d