mutakhir

Lupus barang ciplak RM200,000 [METROTV]

Shah Alam: Kasut, baju, cakera padat, rokok dan set komputer antara barangan rampasan yang dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, di sini, semalam.

Barangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000 itu membabitkan 66 kes dari 2014 hingga 2016.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yaakob berkata, semua barangan rampasan yang disahkan tiruan itu dilupuskan selepas pihaknya mendapat perintah mahkamah.

Beliau berkata, aktiviti pelupusan dilakukan dua bulan sekali selepas sesuatu kes itu selesai.

“Barangan yang dilupuskan ini dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Aktiviti pelupusan barangan rampasan ini dilakukan setiap dua bulan sekali selepas kes selesai dan mendapat perintah mahkamah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pelupusan hanya boleh dibuat selepas semua kes dituduh di mahkamah dan pihaknya menerima arahan untuk berbuat demikian.

Disiarkan pada: March 15, 2017 @ 5:37am
d