mutakhir

Portal khas tepis fitnah

Oleh Nursyahirah Marzuki

Cyberjaya: Mampu melakukan semakan serta memeriksa sama ada berita yang diperoleh dan dipaparkan di media sosial itu sahih atau palsu.

Itu keupayaan sebuah portal dikenali sebagai sebenarnya.my yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) khusus untuk menangani penyebaran berita palsu di media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, portal berkenaan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menyemak dan melaporkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya, sekali gus dapat membanteras penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Beliau berkata, melalui portal berkenaan, orang ramai boleh menyemak dan melaporkan berita yang belum ditentukan kesahihannya di pautan www.sebenarnya.my.

Disiarkan pada: March 15, 2017 @ 5:47am
d