mutakhir

Sambutan luar biasa selepas 22 tahun

Kuala Terengganu: Hari pertama tayangan pembukaan pawagam Lotus Five Star (LFS) Cinemas (M) Sdn Bhd di Paya Bunga Square, di sini mendapat sambutan luar biasa dengan 3,246 penonton.

Pengurus Bisnes dan Projek LFS, Mohd Shah Abdul Aziz berkata, ketiadaan pawagam di negeri ini selama 22 tahun menyebabkan pembukaan LFS mendapat sambutan di luar dugaan.

Katanya, filem aksi Melayu pertama J Revolusi edaran Primeworks Studio Sdn Bhd mendapat kutipan tertinggi, RM6,500 dengan 747 penonton.

“Pada hari pembukaan ini, kami menayangkan tiga movie iaitu J Revolusi, Kong dan Logan di enam panggung bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam dan J Revolusi mendapat kutipan paling tinggi,” katanya selepas tayangan J Revolusi kepada media, semalam.

Disiarkan pada: March 20, 2017 @ 8:31am
d