mutakhir

Ujian air kencing mengejut di sekolah

Seremban: Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan ujian air kencing secara mengejut di sekolah jika mendapati ada maklumat pelajar terbabit kegiatan penyalahgunaan dadah.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya sentiasa memantau isu itu, malah pernah dibangkitkan pada sesi Parlimen lalu selain pengurusan sekolah dimaklumkan mengenai tindakan terhadap pelajar berkenaan.

“Kami buat pemeriksaan rapi sebaik mendapat maklumat ada pelajar berisiko terbabit penyalahgunaan dadah di sekolah.

“Malah, ujian air kencing dibuat serta-merta terhadap pelajar terbabit selain memantau jenis dan bentuk dadah disalurkan kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Bas Daerah Seremban (PPPBDS), di sini, kelmarin.

Disiarkan pada: March 23, 2017 @ 11:13am
d