mutakhir

Wanita pengsan 3 kali kekasih jatuh balkoni

Oleh Mohd Rizal Abdullah

Miri: Seorang wanita warga Indonesia pengsan lebih tiga kali selepas terkejut melihat teman lelakinya terjatuh dari balkoni bilik sewa sebuah rumah kedai setinggi 10 meter di Centre Point, di sini, jam 6 pagi semalam.

Lelaki berusia 30-an yang juga warga Indonesia terbabit dikatakan bertengkar dengan teman wanitanya itu sebelum tergelincir dan terjatuh.

Sumber berkata, wanita berusia 30-an yang panik melihat kekasihnya terjatuh mendapatkan lelaki terbabit di tingkat bawah rumah kedai itu.

Katanya, lelaki terbabit hanya cedera ringan.

“Wanita terbabit menangis ketika meriba teman lelakinya sebelum pengsan dan sedar semula. Ia berlaku lebih tiga kali.

“Lelaki terbabit dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan. Pasukan perubatan dari Hospital Miri turut merawat wanita terbabit yang pengsan sejurus mereka tiba ke lokasi,” katanya.

Disiarkan pada: March 23, 2017 @ 12:22pm
d