mutakhir

43 cemas bas sondol lori balak

Kuala Lipis: Seramai 43 penumpang sebuah bas ekspres menempuh detik cemas apabila bas dinaiki melanggar belakang sebuah treler membawa muatan balak di Kilometer 38, Jalan Lipis-Merapoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.16 pagi itu, pemandu bas Abd Rahman Daud, 61, berasal dari Tumpat, Kelantan cedera di dada dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM), Kelantan untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian bas itu dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu selepas bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur.

Disiarkan pada: March 26, 2017 @ 10:24am
d