mutakhir

Enam sekolah sertai Kem MyBot

Sabak Bernam: Enam sekolah menengah di daerah ini menyertai Kem MyBot (My Inspiration Robot) anjuran Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam PSIS Mohamed Rizal Muhd Tayap berkata, kem selama dua hari itu dilaksanakan sebagai kesinambungan kejayaan PSIS mengharumkan nama Malaysia dengan memperoleh lapan pingat emas, enam perak dan dua gangsa dalam Worlds FIRA Robot Soccer di Beijing, China, Disember lalu.

Beliau berkata, enam sekolah dipilih PPD Sabak Bernam menyertai kem itu yang diadakan di Makmal Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSIS iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, SMK Ungku Aziz, SMK Sungai Besar serta Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan.

“Setiap sekolah diwakili dua atau tiga murid dan seorang guru pengiring menjadikan keseluruhan murid dan guru yang menyertai kem ini berjumlah 20 peserta,” katanya.

Disiarkan pada: March 29, 2017 @ 9:03am
d