mutakhir

Curi beg tangan peserta kursus haji

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki disyaki mencuri beg tangan peserta kursus haji di Masjid Al-Mutaqqim, Meru, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek berusia 36 tahun itu melakukan jenayah di masjid berkenaan jam 8.50 pagi Sabtu lalu.

Katanya, suspek dari Gemas, Negeri Sembilan ditahan anggota polis ketika berada di pekarangan masjid sama pada jam 2.15 petang kelmarin.

“Berdasarkan laporan, ketika kejadian mangsa perempuan berusia 61 tahun masuk ke bilik air masjid dan meninggalkan beg tangan di luar,” katanya.

Disiarkan pada: March 29, 2017 @ 9:45am
d