mutakhir

Pujuk pelanggan naik prebet sapu

Kuala Lumpur: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi pintu masuk utama pelancong ke negara ini terus menjadi tumpuan ‘prebet sapu haram’ mencari pelanggan.

Terbaru, PenguatKuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan pemandu teksi haram berusia 35 tahun yang dikesan menjalankan kegiatan di KLIA 2, kelmarin.

Jurucakap SPAD berkata, anggota penguat kuasa yang melakukan penyamaran mendapati lelaki terbabit memujuk pelanggan yang barutiba di KLIA.

Disiarkan pada: April 1, 2017 @ 8:41am
d