mutakhir

Motosikal tembung kereta

Balik Pulau: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan berlanggar dengan kereta di Jalan Balik Pulau/Teluk Kumbar, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 12.10 tengah hari ketika mangsa, Muhammad Idris Zetri, 29, dari Jalan Kota Giam, Jelutong menunggang motosikal dari Balik Pulau ke Teluk Kumbar.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar berkata, berdasarkan siasatan, ketika mangsa menuruni bukit, motosikalnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Beliau berkata, siasatan mendapati, permukaan jalan basah akibat hujan dan motosikal mangsa dilanggar kereta yang tidak sempat mengelak yang datang dari arah Balik Pulau ke Teluk Kumbar.

Disiarkan pada: April 1, 2017 @ 9:04am
d