mutakhir

Parah bertembung lori

Oleh Pretty Licha

Selangau: Berpantang maut sebelum ajal. Itu detik mencemaskan dialami dua wanita selepas Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 57, Jalan Sibu-Selangau di jambatan Sungai Sebenda, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, mangsa yang juga pemandu serta penumpang masing-masing berusia 46 dan 30 tahun parah di kepala, kaki dan dada.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila lori dari arah Selangau hilang kawalan dipercayai kerana hujan lebat sebelum masuk ke laluan kereta yang dalam perjalanan dari arah Sibu.

Beliau berkata, rempuhan di bahagian depan itu menyebabkan pemandu tersepit pada bahagian kaki kanan manakala penumpang parah di bahagian dada dan kepala.

Disiarkan pada: April 2, 2017 @ 5:33am
d