mutakhir

'Kahwin beramai-ramai lebih meriah'

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: “Memang impian saya untuk berkahwin beramai-ramai seperti ini, saya mahukan kelainan dan lebih meriah di samping dapat berkongsi kegembiraan dengan pasangan lain,” kata Muhd Yusmanizam Yusri, 24.

Muhd Yusmanizam dan pasangannya, Zul Haneda Mohd Zainuddin, 22, antara 21 pasangan menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran JR Empire dan Ujies Collection di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam.

Semua pasangan dinikahkan jurunikah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diketuai Kadi Daerah Kuantan Abdul Zaki Mohd Zain.

Muhd Yusmanizam berkata, sejak berkenalan dengan Zul Haneda yang juga guru TADIKA, dia memasang impian untuk melangsungkan perkahwinan secara beramai-ramai kerana mahu suasana lebih meriah.

“Saya hanya perlu membayar RM2,500 saja dan semua persiapan disediakan penganjur, selain melancarkan proses pernikahan, ia juga menjimatkan kos serta memudahkan kami,” katanya yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.

Disiarkan pada: April 2, 2017 @ 5:39am
d