mutakhir

1,440 tan sampah setiap hari [METROTV]

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Kira-kira 1,440 tan atau 60 peratus sisa domestik warga kota setiap hari adalah sampah isi rumah seperti makanan yang dibazirkan warga kota.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dianggarkan setiap hari warga Wilayah Persekutuan membuang sampah 3,000 tan dan daripada jumlah itu, 2,400 tan sampah isi rumah.

“60 peratus daripada jumlah 2,400 tan sampah itu sisa domestik seperti makanan yang dibuang begitu saja.

“Masalah kebersihan serta pengumpulan sampah di Wilayah Persekutuan boleh diatasi sekiranya warga kota mengamalkan gaya hidup berjimat cermat dengan mengurangkan pembaziran,” katanya berucap merasmikan Majlis Pengiktirafan Kawasan Bertaraf A (Peringkat 1), Blueprint Penarafan Kebersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Bersama Pihak Berkepentingan, di sini, semalam.

Disiarkan pada: April 3, 2017 @ 9:38am
d