mutakhir

Akuaponik saham akhirat [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal  

Kuala Lumpur: Ada pelbagai cara untuk membuat kebaikan dan bagi sekumpulan sahabat, mereka menjadikan akuaponik sebagai sumber untuk membantu rumah anak yatim dan masjid.

Juruanalisis sistem, Khairol Azmi Yussof, 49, berkata, dia mula mempelajari akuaponik sejak dua tahun lalu sebelum membuka kelas untuk berkongsi teknik yang dipelajari dari Internet.

“Akuaponik adalah teknik yang menggabungkan ekosistem tumbuhan dan ikan.

“Ikan akan mengeluarkan nutrien untuk kegunaan tumbuhan manakala tumbuhan pula akan membantu membersihkan habitat ikan,” kata bapa kepada tiga anak ini.

Menurutnya, dia memulakan minatnya itu dengan menanam pokok di bekas mandian anak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 12, 2017 @ 10:10am
d