mutakhir

Cincin zamrud di pejabat MB lesap

Kota Bharu: “Saya serah kepada pihak polis untuk siasat. Mereka lebih arif,” kata Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan Ahmad Syazwan Muhammad Hasan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Pejabat Menteri Besar
di Kompleks Kota Darulnaim, di sini yang dipercayai dipecah masuk menyebabkan sejumlah wang dan dua cincin zamrud hilang.

Kejadian itu disedarinya ketika masuk untuk memulakan kerja pada jam 7.50 pagi semalam.

Ahmad Syazwan, 28, berkata, ketika memasuki ruang kerja, dia melihat meja berselerak dengan dokumen dan surat serta ada kesan umpil pada laci dan rak besi.

“Saya periksa bilik pegawai serta kakitangan lain dan terkejut mendapati kesan umpil pada tingkap cermin,” katanya, di sini, semalam.

Disiarkan pada: April 18, 2017 @ 4:00am
d