mutakhir

Niaga dalam talian untuk orang muda

Cyberjaya: Inisiatif pembangunan Hab Digital oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dapat memberi peluang kepada orang muda untuk menceburi perniagaan dalam talian atau perdagangan elektronik (e-commerce).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, usaha itu dengan menawarkan ekosistem kondusif dan ruang kerja akan menjadi platform bagi syarikat baru terbabit dalam ekonomi digital sekali gus membantu belia menjana pendapatan tambahan.

“Memasuki 2017 yang dijadikan sebagai tahun ekonomi Internet, pelbagai langkah diambil kerajaan untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi digital.

“Golongan belia boleh mengambil peluang membabitkan diri kerana konsepnya lebih terbuka dan kerajaan dalam usaha memperbanyakkan lagi hab digital,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Program Advokasi Melalui Penglibatan Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini, semalam.

Disiarkan pada: April 19, 2017 @ 6:12am
d