mutakhir

10 lori terlebih muatan

Kuala Lumpur: Membawa muatan melebihi had dibenarkan. Itu kesalahan dilakukan 10 pemandu lori yang membawa muatan pasir dan batu di sekitar Bandar Tun Razak dan Batu 9, Cheras serta Ulu Langat, Selangor.

Mereka ditahan dalam Ops Bersepadu Hippo (Lori) yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula jam 4 pagi semalam.

Jurucakap SPAD berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bertujuan membanteras kegiatan lori yang membawa muatan lebih dan gagal mematuhi syarat lesen SPAD.

Disiarkan pada: April 22, 2017 @ 7:34am
d