mutakhir

Jari kelengkeng tersekat tombol

Kota Tinggi: Seorang lelaki dari Taman Bayu Damai, Punggai, Pengerang di sini, menahan sakit lebih sejam apabila jari kelengkeng tangan kirinya tersekat pada tombol pintu, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Mohd Fadli Ismail berkata, lelaki berusia 30 tahun itu datang ke balai bomba berkenaan jam 5 petang untuk meminta bantuan mengeluarkan jari kelengkengnya.

“Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan alat khas. Kami tidak memecahkan tombol terbabit kerana bimbang mencederakan jarinya.

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa cuba membaiki tombol pintu yang rosak dengan memasukkan jari terbabit untuk mengeluarkan pin sebelum tersekat,” katanya.

Disiarkan pada: April 22, 2017 @ 8:09am
d