mutakhir

Ekopelancongan pacu keusahawanan luar bandar

Slim River: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan terus meningkatkan dan mengetengahkan program keusahawanan luar bandar menerusi sektor ekopelancongan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara pihak yang sedang giat membangunkan projek eko pelancongan itu adalah ESPEK Sdn Bhd, anak syarikat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menurutnya, syarikat berkenaan kini berjaya mengeluarkan produk pelancongan terbaru iaitu Ecotourism ESPEK yang mampu menjadi tumpuan utama pelancong tempatan dan luar negara, sekali gus memberi limpahan sumber pendapatan kepada masyarakat setempat.

“Ecotourism ESPEK yang dibina di kawasan seluas lima hektar menyediakan kemudahan untuk aktiviti seperti perkhemahan, kayak, menunggang ATV, motosikal lasak, cabaran pacuan empat roda, meredah hutan dan pelbagai aktiviti menarik lain,” katanya.

Disiarkan pada: April 23, 2017 @ 6:03am
d