mutakhir

Dekotaman HM diiktiraf

Kuala Lumpur: Penolong Pengarang Rencana Harian Metro (HM) Hartini Mohd Nawi menerima anugerah tahunan Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) kategori media pada Malam Gala Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) 2017,
di Hotel Majestic, di sini, malam tadi.

Anugerah itu berdasarkan penilaian pada laporan memperkenalkan kerjaya dan bidang arkitek landskap menerusi sisipan Dekotaman di akhbar HM.

Hadiah trofi dan sijil anugerah disampaikan Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir.

Disiarkan pada: April 23, 2017 @ 6:36am
d