mutakhir

Bekas pekerja hotel maut motor terbabas turun bukit

Oleh myMetro

Rompin: Seorang bekas pekerja Hotel Barat di Pulau Tioman, di sini, terbunuh apabila motosikal Honda Dash yang ditunggang terbabas ketika menuruni bukit sebelum terjatuh di Jalan Kampung Juara, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa, Amiera Mardeanna Zambri, 20, dari Kampung Tekek, Pulau Tioman, meninggal dunia
di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa yang menunggang seorang diri dalam perjalanan pulang
ke rumahnya dari Kampung Juara.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan dan terbabas ketika menuruni bukit sebelum terjatuh di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian keadaan cuaca baik dan jalan kering namun menuruni bukit.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Disiarkan pada: April 25, 2017 @ 3:56am
d