mutakhir

Bakat terpendam [METROTV]

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Hanya bersandarkan minat dan menambah pengetahuan menerusi YouTube, gadis berusia 23 tahun ini akhirnya menjadikan bidang solekan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Effah Nurul Nadhirah Hussein yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka mula meminati bidang solekan sejak di tingkatan lima namun memandangkan usianya masih muda dan tiada sumber kewangan membeli kelengkapan solekan, dia hanya mampu melihat video di laman YouTube tanpa mempraktikkannya.

Dia berkata, hinggalah apabila menamatkan pengajian di peringkat universiti, percubaannya menyolek kakak sendiri bagi majlis pertunangan dan perkahwinan menampakkan kemahirannya sebelum sokongan ahli keluarga menghantarnya ke kelas solekan dengan jurusolek artis.

“Kakak sulung nampak kebolehan saya dan menghantar saya ke kelas solekan dan ketika itu saya diajar cara solekan untuk kecantikan (beauty make-up) namun ditunjukkan asas solekan kesan khas (special effect), solekan lukisan muka (face painting) dan solekan perubahan (transformation).

“Walaupun hanya belajar secara asasnya, saya tertarik dengan solekan kesan khas, lukisan muka dan solekan perubahan, apatah lagi apabila memikirkan ramai jurusolek kecantikan yang sudah ada nama, jadi saya mahu lakukan sesuatu yang lain,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 26, 2017 @ 7:25am
d