mutakhir

Bantu jawab isu tular

Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Selain memantau serta memastikan syarikat sentiasa memenuhi syarat sebagai pemegang sijil halal, eksekutif halal di sesebuah syarikat disaran menangani serta mengurus isu serangan di media sosial supaya dapat mengurangkan risiko kepada syarikat berkenaan.

Ini berikutan pelbagai masalah berkaitan isu sesuatu produk tidak halal sering tular di media sosial hingga menjejaskan reputasi sesebuah syarikat tanpa memeriksa kesahihan pada pihak yang bertanggungjawab.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, sebagai eksekutif halal yang dilantik sesebuah syarikat, golongan itu sudah pastinya mahir mengenai jenis bahan yang digunakan dalam produk keluaran mereka.

“Biasanya isu tular membabitkan kod bahan makanan yang digunakan boleh menimbulkan keraguan, oleh itu mereka (eksekutif halal) faham kod digunakan dalam produk mereka dan perlu tampil memberi penjelasan.

“Eksekutif halal perlu membantu menjawab isu yang tular di media sosial selain bertanggungjawab memastikan pemilik syarikat sentiasa menggunakan bahan halal dalam keluaran produk mereka, ” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal Negeri Selangor 2017, kelmarin.

Disiarkan pada: April 28, 2017 @ 5:35am
d