mutakhir

Gesa PBT pantau rumah anak yatim tidak berdaftar [METROTV]

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) menggesa agensi penguat kuasa serta pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemantauan lebih serius terhadap rumah anak yatim atau asrama yang tidak berdaftar di seluruh negara.

Timbalan Presiden PEYATIM Tan Sri Mohd Yusoff Latiff berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelaksanaan perlu dilakukan bagi melindungi dan eksploitasi asrama anak yatim.

Beliau berkata, secara keseluruhan, ada 72 asrama anak yatim berdaftar membabitkan 5,000 penghuni di seluruh negara dan pihaknya mengenalpasti masih ada asrama anak yatim tidak berdaftar dan beroperasi secara haram.

Katanya, PEYATIM tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan rumah kebajikan atau rumah anak yatim dengan tujuan tertentu.

Disiarkan pada: April 28, 2017 @ 6:08am
d