mutakhir

PETRONAS prihatin

Oleh Hamizah Badiran

Hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan pendidikan dan melahirkan ramai pelajar cemerlang terbukti apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)mengumumkan Terengganu mencatat pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) 5.02 berbanding GPK peringkat kebangsaan yang berada pada tahap 5.10, baru-baru ini.

Pencapaian berkenaan juga lebih baik daripada tahun 2015 dengan perbezaan GPK sebanyak 0.04 iaitu 5.02 pada 2016 berbanding 5.06 tahun 2015.

Peranan untuk membangunkan modal insan cemerlang di Terengganu dimainkan oleh semua pihak termasuk kerajaan negeri, pihak kementerian dan juga pembabitan syarikat swasta seperti PETRONAS.

Sekolah Kebangsaan Rantau PETRONAS (SKRP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau PETRONAS (SMKRP) di Kerteh adalah satu daripada inisiatif syarikat minyak dan gas negara itu membantu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang sama ada di dalam mahupun luar kelas.

SKRP dan SMKRP dibangunkan oleh PETRONAS sejak 1983 sebelum diserahkan kepada KPM pada 1999 dan kini menjadi sekolah awam yang diuruskan oleh KPM.

Dua sekolah itu juga berjaya mengukir pelbagai kejayaan yang membanggakan sepanjang penubuhannya.

SKRP misalnya muncul juara Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) peringkat Negeri Terengganu pada 2008; Anugerah Sekolah Terbaik Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) peringkat Parlimen Kemaman (2012); Johan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasik dan Daerah Kemaman (2015) dan Tiga Sekolah Terbaik di Terengganu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2016.

Pencapaian cemerlang itu adalah hasil usaha kolektif semua pihak terutama guru, ibu bapa, kerajaan negeri, pihak kementerian dan juga PETRONAS yang memainkan peranan masing-masing termasuk memastikan pelajar mendapat akses kepada fasiliti yang bersesuaian untuk suasana pembelajaran diidamkan.

Selain itu, PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Pedidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan pihak pengurusan sekolah juga menambah baik fasiliti di SKRP dan SMKRP bagi menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk pembelajaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin turut berkesempatan melawat ke SKRP dan SMKRP untuk melihat sendiri hasil penambahbaikan fasiliti seperti auditorium, gimnasium dan bilik darjah.

Lawatan itu juga bersempena pelancaran Terminal Gas Terengganu (TGAST) iaitu terminal prarawatan gas di Kerteh yang menggunakan teknologi milik
PETRONAS untuk pengasingan karbon dioksida (CO2).

Pada majlis penuh bermakna itu, Wan Zulkiflee turut diiringi Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin; Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin; Pengetua SMKRP, Abd Rahman Tahar; Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKRP, Ir Azmi Ali; Pengerusi PIBG SMKRP Ir Halina Abd Hadi dan Guru Besar SKRP, Khadijah Sulaiman.

Hadir sama Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Datuk George Ratilal; Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan
PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abdul Rahman; Naib Presiden Kanan dan Penasihat Am Kumpulan
PETRONAS, Mohamad
Rauff Nabi Bax dan Naib
Presiden Kanan, Strategi Korporat Kumpulan
PETRONAS, Adif Zulkifli.

Delegasi dan tetamu mengambil kesempatan itu untuk melihat fasiliti dan meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar.

Menurut Khadijah, sumbangan PETRONAS adalah
di luar jangkaan dan amat dialu-alukan.

“Proses Pengajaran & Pembelajaran (PnP) kini lebih selesa dan keadaan sekolah yang seperti baru ini meningkatkan motivasi guru serta pelajar untuk mencorak lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa akan datang.

“Kami berasa terharu
dan gembira dengan sokongan yang diberikan oleh PETRONAS sejak sekian lama,” katanya.

Halina pula berkata, sumbangan PETRONAS dalam kerja baikpulih bilik darjah dan fasiliti sekolah adalah satu rahmat.

“Keadaan kawasan sekolah menjadi lebih selamat bagi pelajar dan guru, seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

“Terima kasih kepada
PETRONAS kerana prihatin dengan keperluan dan perkembangan pendidikan tempatan,” katanya.

Harapan PETRONAS, fasiliti itu dapat menyumbang kepada masyarakat berhampiran dengan kawasan operasinya selain menyediakan suasana idaman untuk anak-anak tempatan menimba ilmu dan kemahiran.

Penambahbaikan fasiliti di Sekolah Rantau adalah sumbangan terkini daripada PETRONAS yang sentiasa memberi penekanan kepada aspek pendidikan dan pembangunan modal insan.

Disiarkan pada: April 29, 2017 @ 6:08am
d