mutakhir

Hanya Coca-Cola

Oleh Coca-Cola Malaysia

Kuala Lumpur: Coca-Cola hari ini boleh didapati dalam reka bentuk baru serta dipasarkan di bawah satu jenama bagi kesemua rangkaian produk Coke di Malaysia.

Mulai hari ini, kesemua variasi produk Coca-Cola, termasuk Coca-Cola Classic, Coca-Cola Zero, Coca-Cola Light dan Vanilla Coke disatukan di bawah jenama Coca-Cola.

Namun, pakej baru akan dipaparkan dengan ikon ‘Red Disc’ serta warna istimewa yang dikenali ramai, iaitu hitam untuk Zero, perak untuk Light dan kuning untuk Vanilla.

Coca-Cola juga akan memaparkan kesemua variasi Coca-Cola ini di dalam iklannya, bagi membolehkan pengguna lebih jelas membuat pilihan masing-masing.

Satu Jenama Baru (One Brand)

Reka bentuk Satu Jenama (One Brand) yang baru ini dapat dilihat dalam kesemua produk - daripada tin dan botol minuman sehinggalah kepada papan iklan dan iklan televisyen .

Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia, Tish Condeno, berkata, satu sebab mengapa reka bentuk baru dan strategi global Satu Jenama dilaksanakan adalah kerana warna jenama ini yang ikonik iaitu merah Coca-Cola.

"Sejak pelancaran Coke Light dan pelbagai variasi lain seperti Coke Zero, kami seperti meninggalkan warna merah Coca-Cola. Ia adalah warna istimewa kami yang sinonim dengan kesegaran dan rasa yang hebat.

"Kami sedar kami berkemungkinan akan kehilangan warna ikonik itu di dalam lautan warna yang lain seperti perak dan hitam yang mana kami perlu untuk membangunkan ia kembali sebagai warna ikon jenama kami.

"Ini adalah antara sebab utama reka bentuk baru itu diilhamkan selain strategi global Satu Jenama," katanya.

Pelancaran strategi Satu Jenama juga memperkukuh iltizam Coca-Cola dalam memperbanyakkan pilihan kepada pengguna bersandarkan komitmen syarikat dalam memastikan kesemua variasi yang ada dipaparkan dengan jelas di dalam iklan, termasuk variasi minuman tanpa gula dan rendah gula.

"Penyatuan jenama ini melalui tanda reka bentuk berkenaan adalah pertama kali dalam sejarah 130 tahun Coca-Cola yang mana identiti visual ikonik Coca-Cola dikongsi untuk kesemua produknya dalam satu cara yang cukup menonjol.

"Memandangkan cita rasa pengguna berkembang, begitu juga dengan rangkaian minuman kami. Kami yakin satu cara terbaik untuk kami menyokong pertumbuhan variasi minuman Coca-Cola rendah gula dan tiada gula adalah untuk meletakkannya di bawah warna ikonik Coca-Cola supaya semua produk Coke berkongsi kegemilangan yang sama.

"Di bawah Satu Jenama, pengguna tidak akan lagi menyaksikan kempen penjenamaan yang berbeza bagi setiap variasi.

“Sebaliknya, semua iklan akan memaparkan produk Coca-Cola yang sama bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat mengenai pilihan produk Coca-Cola yang sesuai dengan cita rasa, gaya hidup dan diet mereka," kata Condeno.

Coca-Cola tanpa gula dipertingkatkan

Coca-Cola Malaysia juga melancarkan produk tanpa gula yang baru dan dipertingkatkan iaitu Coca-Cola Zero Sugar bagi memberi pilihan kepada orang ramai untuk mencuba dan menikmati produk tanpa gula.

Resipi baru ini yang akan menggantikan Coca-Cola Zero, mempunyai rasa yang hampir sama dengan Coca-Cola asli (Coca-Cola Classic) tetapi tanpa gula.

Condeno berkata: "Kami sedar ramai orang menggemari rasa Coca-Cola asli. Kami juga sedar bahawa ramai dalam kalangan mereka mahu mengurangkan pengambilan gula tetapi enggan mencuba variasi tanpa gula kerana mereka fikir rasanya tidak sebaik yang asli.

“Disebabkan itu, kami berasa teruja untuk melancarkan Coca-Cola Zero Sugar yang baru, yang menyamai rasa Coca-Cola asli, tetapi tanpa gula.”

Sebagaimana rasanya yang dipertingkatkan serta nama yang baru, Coca-Cola Zero Sugar dibungkus selaras strategi Satu Jenama syarikat bagi membolehkan pengguna jelas bahawa minuman ini adalah tanpa gula.

Coca-Cola Malaysia menyokong pelancaran Coca-Cola Zero Sugar dengan kempen pemasaran yang menggalakkan orang ramai merasai dan memilihnya sebagai alternatif minuman tanpa gula.

Untuk keterangan lanjut mengenai Coca-Cola Malaysia, layari www.coca-cola.com.my.

Disiarkan pada: May 1, 2017 @ 5:55am
d