mutakhir

BSN kongsi kegembiraan bersama pelanggan

Alangkah indah sekiranya anda dapat memiliki rumah, memandu kereta baru dan mempunyai wang lebih untuk memenuhi keinginan berbelanja.

Cuba bayangkan, apabila impian ini tercapai ditambah pula dengan memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar pakaian, petrol, hiasan rumah dan sebagainya daripada BSN, pasti lebih menarik bukan?

Terbaru, BSN tampil dengan kempen ‘Riuhkan Sambutan dengan BSN’ dalam menzahirkan keprihatinan kepada para pelanggan terutamanya dalam apa jua sambutan yang bakal tiba.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar berkata, pihaknya sentiasa mengadakan kempen-kempen yang memberikan keriangan kepada para pelanggan daripada pelbagai latar belakang bagi meraikan apa jua jenis perayaan yang disambut rakyat Malaysia.

“Justeru, kempen kali ini bertujuan memberi semula kepada pelanggan BSN dalam usaha untuk merapatkan lagi hubungan dengan mereka.

“Saya berharap, melalui cara ini kami dapat menyuntik keceriaan dan mengukir senyuman pada wajah pelanggan dalam memenuhi hasrat atau impian mereka,” katanya.

Menurut Puspa Marina, kempen yang bermula daripada 17 April hingga 31 Mei 2017 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan). Orang ramai boleh menyertai dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk memohon produk-produk yang terlibat antaranya Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i); Skim Perumahan Belia (BSN MyHome/i); Pembiayaan BSN MyAuto/i dan Takaful/Insurans.

“Menariknya, 300 pelanggan pertama yang lulus permohonan berpeluang memenangi baucar atau kad hadiah membeli-belah, petrol, kad tambah nilai, barang perhiasan rumah dan banyak lagi yang bernilai RM200 setiap satu.

“Menerusi pemberian baucar dan kad hadiah ini, kami berharap apa sahaja sambutan yang bakal diraikan anda, akan menjadikannya lebih ceria dan bermakna.

“Ini kerana, selain menikmati pembiayaan daripada BSN, anda juga berpeluang menghias rumah, membeli-belah barangan runcit, membeli persalinan baru dan mempersiapkan diri untuk menempuh perjalanan jauh,” katanya.

Selain itu, BSN turut aktif dengan kempen sedia ada iaitu kempen pembiayaan ‘Realisasikan Impian Anda’, kempen kad kredit ‘Happy Bermula Di Sini’ dan ‘BSN SSP: Kempen 12 Jutawan’.

Melalui kempen ‘Riuhkan Sambutan dengan BSN’ terdapat pelbagai segmen menarik yang menawarkan aktiviti berserta hadiah lumayan menanti anda terutamanya menjelang musim perayaan akan datang.

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini BSN dan dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen atau produk di laman web www.mybsn.com.my dan Facebook, BSN Malaysia. Jom sama-sama riuhkan sambutan dengan BSN!

Nak menang baucar?

Musim yang dinanti semakin hampir. Jika ada

kereta baru, rumah baru, baju baru pasti sambutan anda riuh. Hanya daftar untuk Produk Pembiayaan

dan Perancangan Kewangan BSN yang terpilih

untuk sambutan yang pasti lebih riuh!

300 permohonan pertama yang lulus bakal menerima baucar membeli belah, petrol, kad tambah nilai,

hiasan rumah dan banyak lagi bernilai RM200

setiap satu!

Apa lagi? Mohonlah sekarang dengan mengunjungi cawangan BSN berhampiran atau layari www.mybsn.com.my

- Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i

- Skim Perumahan Belia BSN MyHome/i

- Pembiayaan BSN MyAuto/i

- Takaful

- Insurans

Disiarkan pada: May 2, 2017 @ 12:19pm
d