mutakhir

TKC terima sumbangan bas

Nilai: Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Bandar Enstek di sini, bertuah apabila menerima sumbangan bas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam.

Bas yang boleh memuatkan 44 guru dan pelajar perempuan sekolah itu diserahkan pada majlis perasmian Program Kembali Ke Sekolah yang dianjurkan TKC dengan kerjasama Persatuan Murid-Murid Tua TKC (TKC OGA).

Rosmah berkata, sumbangan itu membolehkan pelajar bergerak dengan lebih selesa dan selamat.

Menurutnya, prasarana pendidikan yang serba lengkap, moden, berkualiti dan bertaraf dunia menjadikan TKC antara sekolah berasrama penuh yang menjadi impian ibu bapa dan pelajar untuk meneruskan pendidikan mereka.

“Saya mengharapkan sokongan berterusan daripada kerajaan, pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan standard yang dilakar TKC sebagai sekolah berasrama penuh terbaik dikekalkan,” katanya.

Disiarkan pada: May 2, 2017 @ 1:26pm
d