mutakhir

Komited promosi rumpai laut

Lumut: Jabatan Perikanan Malaysia komited dalam mempromosikan produk berasaskan rumpai laut di Semenanjung Malaysia dengan mempelbagaikan variasi hasil laut itu bagi memudahkan masyarakat setempat menerimanya.

Penolong Pegawai Perikanan Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya
Mohd Ridzuan Mohamad Mokhtar berkata, berikutan itu tercetus idea menghasilkan kerabu rumpai laut
yang diolah mengikut kesesuaian rasa bagi menambat selera orang ramai.

Katanya, rumpai laut mempunyai tekstur lembut, kenyal dan ranggup tidak hanya baik untuk kecantikan kulit, malah mempunyai kebaikan terhadap kesihatan diri.

“Cetusan idea daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia yang mahu merealisasikan hasrat jabatan untuk mempromosi dan mempelbagaikan produk berasaskan rumpai laut.

“Jika di Sabah dan Sarawak, rumpai laut adalah makanan popular, maka kita cuba bawa
ke Semenanjung (Malaysia) dengan produk yang mudah untuk masyarakat terima,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Armada sempena sambutan Hari TLDM ke-83 di Tambatan Pangkalan TLDM, di sini, kelmarin.

Mohd Ridzuan yang juga penyelaras inovasi produk berkata, sebelum ini ramai beranggapan bau rumpai laut yang hanyir sukar diubah suai mengikut selera masing-masing.

Disiarkan pada: May 2, 2017 @ 1:34pm
d